Pages

iklan!

Friday, April 8, 2011

ALLAH MAHA BESAR

Salam adik2....
(budget mcm wa tua sgt la kan)
selamat bertemu kembali
hehehehe

ok2 sekarang kena siyes ok
wa ad berita gempak ari ni...
tapi maybe ramai yg dah tau psl benda ni
tp pd yg tak tau meh sini wa bgtau

PASAL ADA BAYI YG MEMPUNYAI JANTUNG KAT LUAR
ALLAHUAKHBAR!!!!
BAYI NI LAHIR KAT HOSPITAL SULTANAH AMINAH JB
(tpt wa dilahirkan dulu ni..)
dan dia bukan org kita tapi org cina

wa dpt tau benda ni pun semalam
ad diorang post kat fb
tup2 ari ni baru kuar paper
jom baca artikel kosmo ni..
wa copy paste je ni


Derita bayi jantung di luar badan



GAMBAR ini menceritakan segalanya. Koh Jun Hao perlu dibedah 20 kali untuk menutup organ jantungnya yang terletak di luar tubuh menerusi pembedahan.




JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.
Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.
Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

kalau korang tak puas ati..
korang g tgk kat you tube video nye
KLIK SINI

ALLAH MAHA BESAR kan kwn2...
mcm2 benda boleh berlaku dgn kehendakNYA
kita sbg seorg MUSLIM sentiasa la memohon kpdNYA agar diLINDUNGI di dunia dan diakhirat
AMIN..



0 apa kate u all:

Iklan AGAIN!!!