Pages

iklan!

Monday, April 30, 2012

hot story for last week!!!

assalamualaikum cinta, waalaikummussalam rindu...acehceh 7 petala cinta la plak. today is last day in APRIL kan3. jap je dah nak masuk pertengahan tahun...yeah!!!!!!!! sok cuti, takkan la korang tak cuti HARI BURUH kan. so selamat bercuti la ye.

nak tanye ni..please honestly ok. u all join PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 tak ari tu??? so pe cer? seronok tak seronok...hahhahahahaha. abis byk brg rosak, ramai org cedera. kat paper, kat berita, kat tenet tak abis2 psl benda ni. nek myampah lah plak. dia kata dia, dia kata dia...ntah yg mane btul. sbb tu la wa mmg mls nak mengundi even wa dah layak mengundi  skang. MALAYSIA ni dah tak aman...tak tau nak lari mana, siyes wa takut kalau MALAYSIA jd mcm zaman penjajahan dulu2. ngeri seh!! bila MALAYSIA dah mcm ni, porak peranda sng la negara luar nak jajah kita lg kn...nauzubillah.

                                   

dlm syok2 berita psl perhimpunan ni, ada jugak org yg tgh hepi gumbira di situ. ala heroin drama melayu yg tak asing lg di  malaysia yg byk kontroversi tu, FASHA SANDHA selamat bernikah dgn JEJAI, BEKAS ISTERI NORA DANISH. akhirnya selamat disatukan...harap2 pasni takde lg la BAD KONTROVERSI FASHA SANDHA. pandai2 la JEJAI jga ea. hot mama, NORA DANISH plak selamat menunaikan UMRAH di tanah suci KOTA MAKKAH. kebetulan kan. NORA DANISH pun dah bersikap terbuka sbb smlm wa tgk MELODI, NORA DANISH ok je tu. so doa2 kan yg baik lah utk diorang ek....

                            


Tuesday, April 24, 2012

insaf...

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

Tuesday, April 17, 2012

kereta idaman

salam satu malaysia...
indahnya pagi ni dengan bunyi kipas yang menderu2, cuaca yg penuh kilauan matahari, suasana aman damai bla bla bla bla...nak bermadah konon tp tak reti. huhuhuhuhuhuhu


wa nak tlg promote produk malaysia la pagi ni..ho3.mlm td Proton Holdings Berhad dh lancakan produk baru diorang...model sedan PREVE. taraf lima bintang katanye.kalau tgk dari pic nye mmg elegan la kan...cantik cam kereta import. so pd sape yg tgk survey nak bli kete baru leh la dptkn PREVE ni..ok what!!


           
ada 3 model yang korang can choose...colour pun ada byk pilihan. so selamat membeli produk tempatan la ye korang. kalau wa tak minat la model kete cmni, cam toyota vios, wa akui mmg cntik kan, tp tu la wa tak minat kete cmni.


u all lyn je la ea wa nak tnjuk ni. sbb ni semua mmg kete idaman wa ni, tp ntah dpt ke x. nak dpt tu pun ntah bila la agknye ek. wa minat kete yg cmni...

nak black colour or white colour
ni la yg paling tak mungkin agknye wa leh dpt dah takde keluaran baru, 
kalau nak beli kena 2nd hand la kan

nice right dark blue colour
smart seh klu dpt modified kenari wane putih..awesome

ssh sgt amik kancil je la...mudah & jimat sgt2 

 



agaknye bila la wa leh dpt kereta idaman wa ni...belajo tak abis lg, nak tgu keje lg. ayoyo!! u all wish me luck ok!



                         

Sunday, April 15, 2012

battleship

salam semua... topik hari ni nak share psl movie battleship la. korang dah tgk lum??

                                              
movie dia ok la, not bad. biasalah mat saleh kalau wat citer kan imaginasi diorang tinggi..boleh la lyn
dah lame tak p city square jb tu...tgk movie ni pun kebetulan je, sbb nak window shopping.hihihi. mula2 xtau nak tgk movie pe. nsib bek movie ni ok, nak dekat 2 jam kat dlm panggung

wa nak share gan korang psl movie ni la bkn psl wa kat situ...huhuhu
rihanna pun ada berlakon dlm citer ni, kalau tak silap la dia sorang kot women navy kat ats kapal tu.
mula2 citer dia tnjuk kedunguan pelakon utama tu, HOPPER nama dia. ntah pape la jd dungu sgt cmtu. then dia msuk navy atas arahan abg dia utk ubh diri dia jd lbh bek. masa mula2 dia kat navy tu pun dia still mcm dulu lg dgn perangai tak matang dia, degil, xpyabo tp dia lbh smart la sbb navy kan. mase training diorang tu ada kejadian yg tak dijangka berlaku sbb alien dr angkasa dtg utk amik tenaga dari bumi, lbh kurang la tu. alien dlm movie ni kan lbh kurang cm manusia, ada beza sikit2 je cthnye jari alien tu ada 4, muka dia pelik la, alien kan.
navy ni semua kena la bertarung dgn alien ni semua sbb alien ni port kat laut. ramai la manusia terkorban masa bertarung termasuk la captain, abg Hopper sendiri dan krew2 yg lain. so krew yg tgl terpaksa la mengharap kat Hopper utk kendalikan kapal besar diorang dan bertarung dgn alien sbb Hopper org kanan abg dia. mula2 semua krew rsau sbb Hopper yg akn jd captain, ialah sbb kn diorg tau Hopper mcmna tp Hopper dpt lakukan dgn baik. so lastly msti la manusia menang kan, normal ending la --> hepi ending. tp mase bertarung tu strategi la plg pnting utk menang, so kpd sesiapa yg bakal jd ketua ke yg mmg dah jd ketua ke kena bijak la dlm apa pelbagai keadaan utk handle saat cemas cmni. cewaahh wa nasihat org plak



p/s : first time gak wa dok couple seat, tp kan same je feeling dia. ala igt kan nape best sgt yg org len sibuk2 nak cari couple seat ni, dah la mahal sikit. hahahhahaha..over tak benda ni pun jd isu.

Sunday, April 8, 2012

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2011/2012

ok fine SHAHEIZY SAM takde menang2 pape...
sadis betul wa rasa
ok la tahniah pd semua pemenang
tu je utk kali ni


Iklan AGAIN!!!