Pages

iklan!

Thursday, March 24, 2011

besday corner : my beloved mom

gambo besau punya
ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN PUAN HALITA ABD RAHMAN
ALLAH SELAMATKAN KAMU..

yehhhhh!!!!!!!!!!!
ari ni besday ibu..
genap la 46 tahun umo ibu sekarang

macam-macam ni alg nak wish..
semoga pnjg umo,murah rezeki, jauh dari peyakit, bhagia dunia akhirat, hepi slalu...bla..bla..bla
byk sgt la bu..
nanti kita ceciter kat umah ea
sori ibu sebab alg tak dapat celebrate besday ibu together-gether
alg balik kg sok ye bu...
ibu tunggu tau...
kita celebrate lmbt sikit tau...
xsabo alg nak blik kg ni hah

syg ibu...muah byk2..
syg ibu...muah byk2..
syg ibu...muah byk2..
syg ibu...muah byk2..

::::..... luse besday mak si pencuri hati lak..hehehe
          boleh la smbut together gether




Tuesday, March 22, 2011

mistakes in movie

entry kali ni wa nak tnjuk u all pasal mistakes in movie...
td wa jejalan kat taman google...pastu wa jumpe la benda2 ni..
cam best lak nk share gan u all

tengok betul2 tau...

cawan dia lain2 plak 
tengok dia makan pe tu
paper or file??
tiba2 terselit camera man kat situ
jap gelas jap piring buah


nanti wa post lagi ea....
daaaa...
salam


Persepsi Kecantikan

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam


Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. 


Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. 


Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.


Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.


Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

~ kata-kata dari Dr H.M.Tuah 


** penat wa cari nak kaler CANTIK tu...

Friday, March 18, 2011

AwAn nAn0

Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri


Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu


Begitulah awan nano

Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihnya

Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua


Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Lihat diriku ini

Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu


Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu


Akulah awanmu yang sedia

Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu


Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Begitulah awan nano

Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

- hafiz -

Wednesday, March 16, 2011

wajah2 bilionair Malaysia

siapakah mereka?
mari kita lihat...



antara mereka yg wa tau la...


raja gula ^ Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

taikun telekomunikasi ... T. Ananda Krishnan


Tan Sri Dr. Teh Hong PiowPengerusi Kumpulan Public Bank


Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Puan Sri Lee Kim Hua (isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting)


Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd * Tan Sri Leong Hoy Kum


Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd : Datuk Seri Stanley Thai


Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd ~ Datuk Tan Heng Chew


Nurul Azita Binti Yunos @)#$~%(&^* pengasas blog fantasia dunia blog aque


eh2 tiba2 terselit nama sendiri...
haruslah perasan..
hahahaha...bahagia sendiri


Monday, March 14, 2011

berpoya-poya utk lepas tension...

budget comel la plak

assalammualaikum sume....
huhuhu
dgn ini diisytiharkan bahawa wa hepi sesangat sebab mid term dah abis....
tp wa takleh la hepi sesangat sebab pasni final lak..
dlm sebulan je lg...
gentar beb kalau wa pikir...
dah la asik enjoy je...
bila la nak berubah ni zieta yunos oooiiiii!!!!!!!!!!!!


ari ni pape last midterm
subjek database...
mmg byk data dlm kepala otak wa ari ni
pastu takleh jwb gak...
ada ke patut 1 kelas meniru..
hahahahha...kantoi sudah


abis test td...
wa ajk si azi ayu gan si syida clever g THE STORE
saje jln2 tgk baju, sbb ada less samapi 70%
wa ni pantang kalau ada byk less ni


tgh syok2 pilih baju
nisa si pandai text wa ajk g karok kat jj gan si piza tinggi
perghhh...wa mmg gian nk g karok ni
dah lame tak g
so tanpa pikir pjg wa  go head je la
lg la nisa yg payung...sape yg taknak beb
2jam kitorang bertapa kat dlm bilik karok tu...
mmg masyuk!!!!!!!!
icak gan fiza
para penyanyi bilik 7
back up singer wa
vokalis dari sisi belakang
vokalis dari sisi tepi





abis karok g pusing kat dlm jj tu



berangan 
bercinta jap....

dlm kol 2 perut dh kebulur mintak diisi
pelagi jejalan la g cari mkn
masuk KFC tapi kuar balik
lastly masuk PIZZA HUT
kenyang gila...sampai tak larat nak jln dah


a.w.e.k.s
wat2 poyo discuss =D 
muncung men peranan...
and then balik kampus
nak kejar bas UTeM
sebab nak jimat tambang punya pasal

hahahha..biaser la
mmg lepas tension betul ari ni

mmg berpoya2,abiskan wit sekali


muka2 bahagia

"bustop"

oooleyhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




:: thanx to icak sbb payung g karok...best sgt

Saturday, March 12, 2011

mitos atau fakta tentang....COKLAT


sape suka COKLAT??
angkat tgn cam saya!!!!!!!!!!!!!
hahahahhaa...hantu kak limah mari..

wa nak citer psl coklat ari ni...
wa antara manusia dlm dunia ni yg suka gila kat COKLAT
COKLAT! COKLAT! COKLAT!
wa saje nk heboh 1 dunia yg wa suka gila kat COKLAT
bia sume org tau...nt adalah org belikan (haruslah perasan ok!)

kinder bueno~paling suka sekali
ferrero rocher~suka sangat
cadbury~suka gak


  • mitos : coklat yg ada koko makanan tak berkhasiat
          fakta : 1 bar 1.5auns coklat susu menyumbang kandungan peratus nilai
                     pemakanan yg disyorkan. nilai khasiat akn betambah 
                     jika kacang + mentega kacang dicmpurkan sekali
  • mitos : coklat ada sodium yg tinggi
          fakta : 1 bar 1.5auns coklat yg tak manis atau separuh manis hnya
                     mengandungi 1.5mg sodium dan 1 bar coklat susu lak 40mg.
  • mitos : coklat sumber utama 'dietary sugar' (pekebenda ntah ni) utk kanak2
          fakta : kajian yg dijlnkn menunjukkan bahawa kurang MYTH (ni lg taktau) 
                    drpd 3% drpd jum. pengambilan gula oleh kanak2 
                    diperolehi dr coklat dll.
  • mitos : coklat menyebabkan gigi rosak
          fakta : ni pun ikt kajian gak yg mendapati 1 drpd bahan 
                    yg ada dlm serbuk koko menghalang
                    pembiakan bakteria yg akn membentuk plak gigi.

  • mitos : kafein dlm coklat menyebabkan keaktifan
          fakta : u all kena mkn byk coklat  barulah anda boleh 
                    menyalahkan coklat kalau takleh tido

  • mitos : penyebab kegemukan kanak2 
                    (ada org kata dewasa pun leh gemuk gn mkn coklat)
          fakta : dari kajian, kanak2 obes mengambil gula yg kurang 
                    tetapi lebih kpd lemak dan protein

*sumber : harian metro-10mac2011*

ni biskut la...bkn coklat!
:: wa baru pas mkn coklat cadbury gn roomate wa...
   sodap...spi nak gilo doh...
~ kredit to tiqa coz share COKLAT gn wa ~




Friday, March 11, 2011

mangsa banjir dapat kereta????

salam 1 malaysia!!!!!

korang ada dengar tak berita tajuk entry kat ats??
yayasan kebajikan derma 1000 kenderaan utk mangsa banjir...kereta kia buatan korea
bestkan dpt kereta free..
apakah ia benar???
ye sangat benar, tiada yg lain selain yg benar
tu la hikmah di sebalik kejadian yg berlaku...
-
-
-
-

keadaan banjir kat situ
selain tu 10 000 keperluan rumah dan peralatan lain pun ada dapat
bgs la kan yayasan kebajikan ni
300 sukarelawan yang terlibat utk tolong agih2kan bantuan

tapi korang tau tak bukan kat malaysia??
kuang...kuang..kuang...
mula2 wa baca berita ni wa igt kat malaysia
ekcatly benda ni berlaku kat JEDDAH la...
korang tak pelik ke tengok gambar kat ats tu??
kan bukan kat MALAYSIA

26 jan lps kan kat JEDDAH bnjir teruk...
so pihak yayasan kebajikan kat situ wat kajian nak tolong mangsa..
sekarang ni mangsa dapat la macam2 bantuan termasuk SEBUAH KERETA
kaya kan yayasan ni...
sebab...
pengerusi nye ialah PUTERA ALWALEED TALAL
orang ke-19 terkaya di dunia
hanya ALLAH yg mampu membalas jasa beliau
beliau tak lokek dlm berkongsi kesenangan dunia

bayangkan kalau bnda ni berlaku di MALAYSIA..
alangkah bahagianye orang kita kan
oooleyyhhh!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

merong mahawangsa movie....

u alls pernah dgr SEJARAH MERONG MAHAWANGSA tak??
dulu kat sekolah ada belajo kan..

before this teater kalau tak silap
sekarang sejarah ni dah difilemkan...
sampai 8 juta kosnye...
big budget for KRU STUDIO
Barisan pelakon combination of local and foreign talents
congrate!!!!!!


"hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang menggabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.
Imej CGI yang digunakan dalam filem ini tidak terkira banyaknya kerana hampir 90 peratus penggambaran filem ini dilakukan di luar studio
100 peratus hasil kerja CGI dalam filem ini adalah hasil kerja para animator KRU Studios Sdn. Bhd., dan 10 peratus lagi dibantu oleh sebuah syarikat produksi tempatan yang lain.
HMM telah menjalani pengambaran selama dua bulan di sekitar negeri Terengganu serta di beberapa lokasi yang lain seperti Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur"     (ni copy paste je)




Tak sabar nak tunggu film ni hit the big screen! 
Bakal ditayangkan on 10 MAC 2011.
mane la tau kan pas tgk ni terus minat sejarah melayu
kuang..kuang...kuangggg....
ni la posternye... gempak tak?



pelakon...
poster...
publisiti...
trailer...
kos...
sume dah gempak..siyes mcm best
hopefully citenye pun gempak la kan
biar berbaloi-baloi mcm ikan kaloi
tunggu dan lihat la!!
plan nak tengok gan housemate
but not sure

Saturday, March 5, 2011

buaTmU iBU

salam...
gempak tak kalau wa ckp wa ada exam ari ahad sok??
biaser je ea?? kalau belah pntai timur mmg la biaser
tak kisah la kan....
skang ni wa takleh fokus study ni
macamane niiiiiii??

korang taknak tau ke nape?
tak kira la kan korang nak tau ke tak, wa nak bgtau gak
SEBAB WA KANGEN SAME IBU WA LA!!!!!!!!!!!!!!!!
nak nangis je rasenye.....wawawa......nak balik kg la!!!!!!!!!!!


nak nangis mcm baby ni


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan

           Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu  
                                        - aEman -



ibu...along sedih sangat dengar lagu ni pastu makin RINDU la along kat ibu...
lagu ni along tujukan pada ibu yang tersayang =D
ibu jaga diri kat kampung, along doakan ibu baik2 kat sane...
SAYA SAYANG IBU!!!!!
SAYA SAYANG IBU!!!!!!!!!
DAN ALONG MEMANG SAYANG IBU!!!!!!!!!!

ratu hatiku....




Tuesday, March 1, 2011

not stable...

assalammualaikum
salam u all...

excatlly name blog wa dah tukar lagi
sory la pd sape2 yg follow wa punya blog ke
atau pd sape yg jd silent reader ke atau yg sewaktu dgn nye la
hahahahah wa tgh perasan hot ni
jgn kacau mood wa
gedebushhhh!!!

wa tak pernah post kat memane psl blog wa ni
wa segan la guys...
wa tak kisah pun wa ramai follower ke tak
yg penting wa ada tempat nk story moli
bkn la nk buka pekung di dada...cewahhh!!
just saje suka2..
sori pd sesape yg jijik atau meluat gan blog ni
yg xsuka boleh la berlari jauh dari sini
dan pada yang minat boleh la melompat utk dtg dekat
sukati u all la kan nk merangkak ke berjalan ke whatever la!
yg penting jiwa raga masing2 hepi...
senyum tak perlu kata apa2...(nyanyi sikit)
not stable
siyes skang emosi wa tak stabil,segala hormon sume tak stabil
bukan pasal wa tgh datang bulan ok..
tapi siyes wa pun tak tau nape

wa asik rase nak nangis je
geram dgn diri sendiri!!!
siyes!!
mmg wa tgh siyes beb!
temper! geram! stress! fed up! macam2 ada


skang tengah musim test,mid term arghhh segala jenis exam la
banyak yg wa tak paham nak study
pastu kat hostel wa ni boleh plak takde air..maybe dlm seminggu
tiba2 skang ni wa rase rindu kat BONDA wa
ibu!! along rindu kat ibu sangat2
yang si pencuri hati ni plak tengah wat hal
banyak g masalah datang berduyun2 ni
tak tau nak settle mane dulu
tolong la!!wa nak mood wa datang balik
oh hati oh otak tolong la cool
nak kena urut cam dia baru masyuk
  




YA RAHMAN YA RAHIM..
YA ALLAH HANYA KEPADA MU KU MEMOHON
PERTOLONGAN DAN PETUNJUK


:: orang len nampak wa hepi je tapi hati ni hanya TUHAN yang tau


Iklan AGAIN!!!