Pages

iklan!

Tuesday, March 13, 2012

berhibur sebentar

Suatu petang yang damai... Ashim bercerita kepada datuknya yang tak pernah bersekolah.

Ashim : "Tok.. tadi Ashim dimarahi oleh guru kelas Ashim." 
Datuk : "Dimarahi? Kenapa?" 
Ashim : "Sebab Ashim tak dapat menjawab soalan yang cikgu bagi." 
Datuk : "La... susah sangat ke soalan yang cikgu bagi tu? Apa soalannya?"
Ashim : "Susah tok. cikgu tanye..dimana letaknye Washington."
Datuk : "Itulah shim... laen kali kalau nak letak sesuatu, jangan lupa di mana letaknye!!!."




***
Seorang pemandu teksi yang sedang membawa kenderaannya untuk mencari penumpang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas jambatan.

Melihatkan gadis tersebut, maka ia pun menghentikan teksinya dan turun bertanya : “Cik, apa yg sedang kamu lakukan ?”

Jawab si Gadis :”saya ingin membunuh diri”

Mendengarkan jawapan daripada gadis tersebut, si pemandu teksi pun terfikir untuk mengambil kesempatan keatasnya seraya berkata :”kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yg terakhir sebagai kenang-kenangan”

Si gadis lalu menciumnya. Setelah ciuman berakhir, si pemandu teksi dengan wajah berseri-seri berkata: “sayangnya!!... mengapa kamu ingin membunuh diri? Mukamu sangat cantik dan ciumanmu pula begitu panas dan mengghairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gilakan dengan ciumanmu ini”

Dengan sedih dan linangan airmata si gadis menjawab : “saya ingin membunuh diri kerana orangtua serta seluruh ahili keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti wanita





***
Seorang lelaki tua berjalan kaki menuju ke pasar. Untuk menjimatkan masa perjalanan, lelaki tua tersebut tidak menggunakan jejambat khas untuk pejalan kaki seperti biasa, sebaliknya beliau berjalan terus di atas jalan raya yang sedang sibuk.

Sewaktu hendak menyeberangi jalan raya, tiba-tiba sebuah teksi yang bergerak dengan laju hampir melanggarnya. Apa lagi mengamuklah si pemandu teksi di dalam kereta tu sambil berteriak kearahnya.

"Banyak cantik muka pakcik! Kalau mahu melintas jalan, pakailah mata. Kalau tak mahu pakai, buang. Nasib baiklah aku sudah berpengalaman 10 tahun memandu, kalau tak confirm jadi arwah!"

Pakcik tua yang tersinggung itu pun tidak mahu mengalah dan dengan pantas menjawab bebelan pemandu teksi.

"Eh.. lu banyak bunyilah bro, baru 10 tahun pegang keta dah sombong. Gua yang sudah lebih 25 tahun pengalaman melintas jalan masih tak sombong-sombong pun!!”



***
Kerana sudah bosan bergelumang dengan dosa dan berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan duit helai duit kertas yang berjumlah RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pakcik itu . Tidak berapa lama kemudian, pakcik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu “Encik”, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi”.



***
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa untuk menyiram tiap-tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi di mana kebun nenek? Kenapa selama ini Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

0 apa kate u all:

Iklan AGAIN!!!